Sabtu, 12 Mei 2007

SAMBUTAN HARI BELIA 2007

Belia merupakan pelapis kepada pemimpin masa hadapan. Oleh yang demikian itu, satu pembangunan sahsiah yang jitu harus digarap supaya negara mempunyai pemimpin yang berkaliber . Belia tidak lagi dipandang dengan sebelah mata setelah Cikgu Parthiban membuktikan belia sangat berpengaruh untuk mencorak persekitaran yang sihat. Sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan, marilah kita bersama berganding bahu bersatu tenaga menggerakkan belia. Persatuan yang ada, diberi suntikan modal, diberi sumbangan untuk pengupayaan semula persatuan.
Mari kita ikuti ucapan MB Selangor ...“Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Belia menjadi wakil belia dalam mesyuarat JKKK bagi memastikan setiap program memenuhi kehendak mereka. Sebelum ini, tiada penyelarasan antara JKKK dan belia menyebabkan program tidak mendapat sambutan," katanya selepas mesyuarat Exco semalam.Dr Mohamad Khir berkata, Jawatankuasa Kemajuan Belia bertanggungjawab menyelaras dan menganjur semua aktiviti belia di bandar dan kampung serta mengaktifkan semula pertubuhan yang tidak aktif menerusi pelbagai aktiviti membabitkan penyertaan belia pelbagai kaum.Beliau berkata, jawatankuasa diketuai ketua berumur kurang 40 tahun dan penduduk asal kampung terbabit serta layak mendapat keistimewaan sama seperti Pengerusi JKKK termasuk menerima elaun apabila menghadiri mesyuarat peringkat kampung, mukim atau daerah.Selain layak hadiri mesyuarat pembangunan peringkat daerah, ketua belia boleh aktif dalam bidang politik tetapi mesti mengasingkan antara tugas sebagai pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan politik.Katanya, setiap jawatankuasa perlu ada sekurang-kurangnya 15 ahli berumur kurang 40 tahun dan memastikan dianggotai belia pelbagai bangsa bagi memastikan semua program mendapat sambutan belia Melayu, Cina, India dan kaum lain."Kita akan peruntukkan geran bagi membolehkan jawatankuasa ini menjalankan pelbagai aktiviti," katanya sambil menambah mereka yang berumur lebih 40 tahun tidak dibenarkan menganggotai jawatankuasa itu.Dalam perkembangan lain, Dr Mohamad Khir berkata, kerajaan akan melantik syarikat perunding bagi memberi kursus motivasi kepada pelajar sekolah menengah dan rendah di semua daerah yang bertujuan mengurangkan masalah sosial.

Selamat menyambut Hari Belia Negara

INTI PATISejarah Hari Belia
Tanggal 15 Mei Malaysia merayakan Hari Belia Negara. Dipilih sempena penubuhan Kementerian Belia dan Sukan pada 1964.
Program utama, kemuncak perayaan Hari dan Minggu Belia Negara ialah Perhimpunan Hari Belia Negara pada peringkat kebangsaan.
Peserta Perhimpunan Hari Belia Negara ialah ahli badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), persatuan belia, institusi pengajian tinggi, manakala bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan adalah kementerian dan agensi kerajaan serta kerajaan negeri, badan berkanun serta pihak swasta.
Acara tradisi perhimpunan mempunyai tiga komponen utama.