Jumaat, 11 Mac 2016

5 STAR RATING





KUALA LUMPUR, 25 November 2015 - Majlis Pengiktirafan Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia telah diadakan bersempena Majlis Perundingan Belia Negara Sidang II Penggal 30 Tahun 2015-2016 . Majlis penyerahan sijil tersebut telah disempurnakan oleh YB. Encik Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan yang bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. 

Sebanyak 77 pertubuhan belia telah diiktiraf menerima penarafan lima bintang. Satu mekanisme pengukuran tahap keaktifan pertubuhan belia di negara ini perlu diwujudkan bagi membolehkan pelbagai pihak yang berkaitan khususnya golongan belia sendiri mendapat gambaran lebih tepat mengenai status keaktifan mana-mana pertubuhan belia yang wujud secara sah dan berdaftar di bawah Akta 668. Oleh itu, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah mula memperkenalkan Sistem Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia ini pada tahun 2014. 

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah mengenalpasti sebanyak 115 pertubuhan belia daripada 1,400 pertubuhan belia yang menghantar MYKD pada tahun 2014, adalah yang berpotensi dan mencapai penarafan empat bintang dan layak untuk penilaian pada peringkat seterusnya iaitu penilaian melalui kaedah turun padang bagi membuat pemeriksaan dan pengesahan prestasi pertubuhan belia bagi tujuan penarafan lima bintang. Namun, daripada senarai 115 pertubuhan belia ini, hanya 77 pertubuhan belia sahaja yang layak untuk diberi penarafan lima bintang. 

SELAMAT TAHUN BARU 2015


Selasa, 26 Jun 2012

Majlis Kenduri Kesyukuran

24 Jun 2012, Peneroka dan pengurusan FELDA telah bekerjasama menganjurkan majlis kenduri kesyukuran sempena Durian Runtuh yang diberikan oleh kerajaan. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Hj Ahmad Maslan, Timbalan Menteri , di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ahli parlimen Hulu Selangor dan ADUN kawasan Hulu Bernam.


Sabtu, 31 Mac 2012

Karnival Ikatan Hati Warga Felda di Dataran Mendeka

KUALA LUMPUR: Karnival Ikatan Hati Warga FELDA Kebangsaan (IKTIRAF) 2011/2012 di Dataran Merdeka akan diadakan selama tiga hari mulai Jumaat ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Karnival yang bertemakan "Menjunjung Transformasi Negara" itu bertujuan menghimpunkan serta membentuk jalinan kerjasama di kalangan warga FELDA khasnya yang tinggal di dalam dan di luar rancangan FELDA.
Ahmad berkata, karnival itu adalah kemuncak kepada keseluruhan pelaksanaan program serta aktiviti Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan pengisian program Majlis Anugerah Belia FELDA Malaysia kali keenam, Perhimpunan Kompang Berirama 'Malaysian Book of Records', Pesta Sukan dan kebudayaan serta aktiviti pameran dan jualan.

Beliau berkata, antara 12,000 peserta karnival ini terdiri daripada kepimpinan warga FELDA dari setiap rancangan FELDA, selain sukarelawan dan usahawan FELDA.

Sebanyak 19 kategori anugerah diadakan termasuk anugerah persatuan, individu, Tokoh Generasi Baru FELDA dan Anugerah Khas Belia FELDA Malaysia.

"Pemenang kategori persatuan bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, piala, sijil serta pakej lawatan ke Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi 40 ahli jawatankuasa persatuan," katanya.
Ahmad berkata, karnival ini akan dimeriahkan dengan pertandingan kompang berirama kategori terbuka yang menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang utama iaitu RM5,000 yang sehingga kini telah mendapat penyertaan daripada 120 pasukan.

"Kita sasarkan 200 pasukan (10,000 orang) menyertai pertandingan ini yang bertemakan ciri-ciri Malaysia yang terbuka kepada semua warganegara berumur 15 hingga 40 tahun," katanya.

Karnival itu adalah kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Gabungan Pemikiran Profesional Felda, Alumni Asrama FELDA Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Kementerian Belia dan Sukan.

Khamis, 23 Februari 2012

Mesyuarat Agung Tahunan


MBFM Cawangan FELDA Soeharto, telah mengadakan Mesyuarat Agung pada 20 Februari 2012. Mesyuarat diadakan di Bilik Gerakan JKKR Kg.Soeharto itu, dirasmikan oleh En Fauzi bin Shamsudin, Pengurus FELDA Soeharto. Mesyuarat turut dihadiri wakil MBFM Wilayah En Nazri.

Senarai AJK MBFM Cawangan Soeharto
Sesi 2012-2014

Penasihat
En Fauzi b Shamsudin

Pengerusi
Saudara Hanif b Hasan
Naib Pengerusi 1
Saudara Shahfariz b Azmi
Naib Pengerusi 2
Saudari Rafedah bt Yusop
AJK
1.Saudara Irdan b Saleh
2.Saudari Natrawani bt Soheh
3.Saudara Faizul Fuad b Salehan
4.Saudari Norhaslinda bt Rosman
5.Saudara Khairul Nizam b Musa
6.Saudara Saleh b Yusop
7.Saudara Shamsul Hairi b Esmon

Pemeriksa Kira-kira
1. Saudara Adli b Ibrahim
2. Saudari Nur Suriani bt Jamaludin