Jumaat, 11 Mac 2016

5 STAR RATING





KUALA LUMPUR, 25 November 2015 - Majlis Pengiktirafan Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia telah diadakan bersempena Majlis Perundingan Belia Negara Sidang II Penggal 30 Tahun 2015-2016 . Majlis penyerahan sijil tersebut telah disempurnakan oleh YB. Encik Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan yang bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. 

Sebanyak 77 pertubuhan belia telah diiktiraf menerima penarafan lima bintang. Satu mekanisme pengukuran tahap keaktifan pertubuhan belia di negara ini perlu diwujudkan bagi membolehkan pelbagai pihak yang berkaitan khususnya golongan belia sendiri mendapat gambaran lebih tepat mengenai status keaktifan mana-mana pertubuhan belia yang wujud secara sah dan berdaftar di bawah Akta 668. Oleh itu, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah mula memperkenalkan Sistem Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia ini pada tahun 2014. 

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah mengenalpasti sebanyak 115 pertubuhan belia daripada 1,400 pertubuhan belia yang menghantar MYKD pada tahun 2014, adalah yang berpotensi dan mencapai penarafan empat bintang dan layak untuk penilaian pada peringkat seterusnya iaitu penilaian melalui kaedah turun padang bagi membuat pemeriksaan dan pengesahan prestasi pertubuhan belia bagi tujuan penarafan lima bintang. Namun, daripada senarai 115 pertubuhan belia ini, hanya 77 pertubuhan belia sahaja yang layak untuk diberi penarafan lima bintang. 

Tiada ulasan: