Ahad, 9 September 2007

PROGRAM JALINAN KASIH BAKTI SISWA


Pada 25 dan 26 Ogos 2007, seramai 36 mahasiswa UPSI telah menjalankan Program Jalinan Kasih Bakti Siswa. Kg.Soeharto menjadi pilihan kepada peserta tersebut dengan seramai 13 keluarga terpilih untuk menjadi keluarga angkat kepada mahasiswa UPSI ini. Ketua program iaitu Mohd Haizal, menyatakan program ini amat bermakna buat mereka walaupun pada mulanya sekadar menyiapkan kerja kumpulan tetapi ianya telah pergi jauh daripada itu.

Sebagai tuan rumah En.Harun b Jamaludin juga berasa bangga dengan pelajar-pelajar ini yang mampu mengurus projek yang besar , sedangkan mereka hanya mendaftar di UPSI pada bulan Julai yang lalu. Segala program telah dirancang bersama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Sg.Dusun yang diterajui oleh En Adli b Ibrahim. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong, sukaneka, lawatan muhibbah dan Program Bersama Ketua Belia.