Selasa, 25 Ogos 2009

Bulan Ramadhan

“HIKMAH PUASA”

Adapun puasa itu merupakan ajaran agama kita yg mempunyai banyak hikmah.Antara nya ialah :

1. Mendidik para mukmin supaya berperangai luhur dan dapat mengawal nafsu dan keinginan manusia biasa.

2. Mendidik jiwa agar biasa dan dapat menguasai diri sehingga mudah menjalankan semua kebaikan dan meninggalkan larangan.

3. Membiasakan diri dan melatih orang yang berpuasa bersabar dan tahan ujian.

4. Mendidik jiwa memegang amanat sebaik2nya, kerana org berpuasa memegang amanat tidak makan dan tidak minum atau melakukan hal2 yg boleh membatalkannya.

5. Untuk mendidik manusia agar jangan mudah/ lekas dipengaruhi oleh benda apa sekalipun walaupun dalam keadaan lapar dan sengsara.

6. Untuk menyuburkan rasa syukur kepada Allah atas rezeki dan kurniaanNYa yg telah diberikan kepada hambanya.

7. Dari sudut kesihatan pula puasa sangat berguna untuk menjaga dan memperbaiki kesihatan.

8. Menanamkan rasa kasih sayang sesama manusia, terutama orang miskin dan fakir. Dengan berpuasa kita boleh merasai nasib mereka yg selalu kelaparan kerana tiada makanan.

Pembacaan melalui buku/kitab bertajuk ‘FIKH ISLAM LENGKAP’

Wassalam

Jumaat, 21 Ogos 2009

Friendly Soccer



En Harun b Jamaludin
Turut bermain bersama pasukan veteran

Meriah.....
Perlawanan persahabatan antara Belia ( 25 tahun ke atas ) menentang Veteran
( 35 ke atas)....Pasukan Senior menang dengan jaringan 2 berbalas 0. Perlawanan timbal balik akan dijalankan selepas hari raya nanti...

Isnin, 10 Ogos 2009

Program Seranta Felda

Meriah.... Seranta Felda JPM turun padang, membuat kunjungan mesra ke Felda Gugusan Soeharto dalam program ' Jalinan Kasih dan Ramah Mesra'



Saudara Radzilah Abdullah
Pegawai Seranta Selangor

JUMAAT, 7 Ogos 2009

09.00 pg : Program Kecemerlangan UPSR di SK Felda Gedangsa
12.30 tgh : Solat Jumaat di Masjid Felda Sg. Tengi Selatan
03.00 ptg : Check-in di Homestay Felda Sg. Tengi
05.00 ptg : Perlawanan Bola Sepak/Bola Jaring di Felda Soeharto
07.00 mlm : Solat Maghrib, Yaasin dan Tazkirah, Solat Isyak
Ucapan & Penyampaian Cenderahati di Masjid Felda Soeharto
Oleh YB Isa Abu Kassim, ADUN Batang Kali
10.00 mlm :Sembang Seranta di sekitar Felda Soeharto dan Felda Sg. Tengi


SABTU, 8 Ogos 2009

06.00 pg : Solat Subuh dan Tazkirah di Masjid Felda Sg. Tengi
07.00 pg : Perlawanan Bola Sepak / Bola Jaring di Felda Sg. Tengi
09.00 pg : Pertunjukan Cub Cross oleh Kelab Sukan Lasak Felda Sg. Tengi
10.30 pg : Upacara Penutupan dan Penyampaian Watikah di Dewan JKKR,Felda Sg. Tengi
Oleh YB Dato' Muhamad Idris Abu Bakar, ADUN Hulu Bernam


Terima kasih......

Jawatankuasa MBFM Gugusan Soeharto



Barisan Ahli Mesyuarat MBFM Negeri Selangor



Barisan AJK MBFM Negeri Selangor [Gugusan soeharto ( Penaja )]