Selasa, 19 Ogos 2008

Program Bersama Rakyat

Felda Gugusan Sg.Dusun 2008

16 - 17 Ogos 2008

Program Bersama Rakyat ini bertujuan menjalin hubungan bersama agensi-agensi kerajaan dalam daerah. Ia juga memberi peluang dan ruang kepada para belia dan masyarakat melihat dengan lebih dekat pameran keselamatan dan perlumbaan . Seterusnya mengcungkil bakat baru dalam sukan bermotor di kalangan anak Felda.
Pengisian program pada hari pertama ialah ceramah motivasi, ceramah keselamatan, sukaneka dan pameran antidadah di samping gerai jualan makanan dan minuman membabitkan warga Felda.
Sasaran program untuk hari pertama ialah pelajar sekolah dan para belia dari Kawasan Felda Wilayah Trolak.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Junior, Cup Cross, Classic, Open Endurance, Veteran Endurance dan Open Motocross.

Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah Majlis Daerah, Pejabat Daerah, Polis, AADK, RELA, Polis, JKR, Penerangan, Kesihatan, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan IKBN.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Mesra Rakyat

Program Bersama Majlis Keselamatan Negeri Selangor
Berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Guru Kg.Soeharto






Antara aktiviti yang dirancang ialah pameran agensi kerajaan seperti AADK, POLIS, Hospital, IKBN, Jabatan Belia dan Sukan dan acara kemuncak ialah Pertandingan Motocross.