Khamis, 18 September 2008

Majlis Pelancaran Tadarus Quran dan Majlis Berbuka Puasa




16 September 2008 - Yang Berbahagia Tan Sri Dr.Mohd Yusof Noor telah sudi hadir ke Masjid Al Makmuriah Felda Gedangsa dan bersama peneroka Gugusan Sg.Dusun untuk bersama-sama memeriahkan majlis Tadarus Quran dan Majlis Berbuka Puasa.

Pada jam 2.00 petang program tadarrus quran dimulakan. Peserta di bahagiakan kepada beberapa kumpulan , satu kumpulan 3 orang. Jumlah perserta menjangkau 100 orang terdiri dari belia/beliawanis seluruh Wilayah Trolak dan pelajar sekolah SAM Sg.Selisek.

Majlis tadarrus quran diakhiri dengan bacaan doa oleh tuan imam Masjid Al Makmuriah Felda Gedangsa. Kemudia semua peserta mendirikan solat Asar berjemaah.

Tepat jam 5.00 petang tetamu khas iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor , Pengerusi Felda datang bersama Pengerusi MBFM iaitu Dato' Ramli.

Dalam ucapan Tan Sri mengatakan dah lama tidak berjalan ke Gugusan Sg.Dusun. Oleh itu majlis ini dilaksanakan di sini.


Khamis, 11 September 2008

Bersyukur kepada Allah swt





Marilah kita bersama-sama sentiasa bersyukur kepada Allah swt dengan nikmatNya dan rahmatNya yang amat luas. Sentiasalah kita muhasabah diri kita yang amat kerdil ini. Kenanglah jasa dan pengorbanan Ayah dan Bonda kita yang telah mendidik dan memberi segalanya sehingga kita menjadi insan yang berguna sekarang ini.

Marilah kita pulang ke kampung pada Hari Raya nanti untuk menziarahi Ayah dan Bonda kita , samada yang masih hidup ataupun yang telah pergi dahulu menemui Allah Maha Pencipta.


Selamat Menyambut Aidil Fitri 1429......Maaf Zahir & Batin.

Berita Bergambar Program Bersama Rakyat MKNNS




Antara aksi peserta pada 17 Ogos 2008 di tapak litar motocross Sg.Dusun.

Selasa, 2 September 2008

Ramadhan Al Mubarak

Selamat Datang Ya Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua .