Selasa, 26 Jun 2007

Aktiviti Bulan Jun 2007

Kejohanan Sepak Takraw Kg.Soeharto ( tertutup)

Pada 24 Jun 2007 yang lalu telah berlangsung Kejohanan sepak Takraw Tertutup Kg Soeharto anjuran Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Sg.Dusun. Kejohanan yang bermula seawal 8.30 pagi itu, dimulakan dengan cabutan undi . Tujuh pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B. Kumpulan A terdiri dari empat pasukan iaitu Sedozen, Felda, Generasi Felda dan Otai Dusun. Manakala kumpulan B pula ialah Jebat , Pecah Kaca dan Budak Baik.

Kejohanan bermula dengan pertandingan secara liga kemudian perlawanan separuh akhir dan akhir. En Harun b Jamaludin turut serta menonton perlawanan akhir pada jam 3.00 petang dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Johan kejohanan ialah pasukan Otai Dusun dengan mengalahkan pasukan Pecah Kaca dalam perlawanan akhir. Manakalan pemain terbaik ialah Zulkifli Dahlan iaitu Tekong pasukan Otai Dusun.

Selasa, 12 Jun 2007

Aktiviti Bulan Mei 2007

Assalamualaikum wbt.

Sepanjang bulan Mei ini persatuan telah menjalankan aktiviti gotong royong bersama Belia Citra IKBN Peretak Kuala Kubu Bharu. Antara tempat yang dipilih ialah masjid , surau, rumah warga emas, Rumah Belia, Gelanggang permainan dan Pusat Simulasi ( Kanak-kanak Istimewa).

Belia Citra IKBN Peretak telah diketuai oleh En Faizul Nizam b Mokhtar dan Fasilitatornya En Zainudin b Mat Naan. Manakala di pihak kampung pula diwakili oleh En Harun b Jamaludin selaku Pengerusi JKKK Kg.Soeharto.

Semoga program ini dapat restu dari semua pihak.

sekian, terima kasih.