Selasa, 12 Jun 2007

Aktiviti Bulan Mei 2007

Assalamualaikum wbt.

Sepanjang bulan Mei ini persatuan telah menjalankan aktiviti gotong royong bersama Belia Citra IKBN Peretak Kuala Kubu Bharu. Antara tempat yang dipilih ialah masjid , surau, rumah warga emas, Rumah Belia, Gelanggang permainan dan Pusat Simulasi ( Kanak-kanak Istimewa).

Belia Citra IKBN Peretak telah diketuai oleh En Faizul Nizam b Mokhtar dan Fasilitatornya En Zainudin b Mat Naan. Manakala di pihak kampung pula diwakili oleh En Harun b Jamaludin selaku Pengerusi JKKK Kg.Soeharto.

Semoga program ini dapat restu dari semua pihak.

sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: