SEJARAH

SEJARAH FELDA SOEHARTO

Felda Sg.Dusun mula dibangunkan pada tahun 1962 dengan tanaman utama kelapa sawit. Pada tahun 1966, seramai 119 orang peneroka telah diterima masuk ke rancangan ini yang dinamakan Lembaga Kemajuan Tanah Rancangan Sg. Dusun.

Pada 18 Mac 1970, Presiden Suharto dari Indonesia telah melakukan lawatan ke Felda Sungai Dusun. Tujuan lawatan beliau adalah untuk melihat keberkesanan Program Pembangunan Luar Bandar di bawah pengurusan FELDA (LKTP) yang diilhamkan oleh Kerajaan Malaysia. Sempena lawatan beliau itu, nama Sg. Dusun telah ditukar kepada Felda Soeharto.

Kehadiran peneroka bertambah dari tahun ke tahun sehingga berjumlah seramai 653 orang. Felda Soeharto ditadbir oleh seorang Pengurus dan Ketua Peneroka.

Penduduk Felda Soeharto terdiri dari Melayu (Kedah, Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Perak), Jawa, Banjar dan India dari seluruh negeri di Malaysia. Keluarga Melayu adalah majoriti manakala keluarga India hanya 21 keluarga sahaja.

Sehingga tahun 1997, Felda Soeharto telah bertukar pentadbirannya kepada JKKK Kampong Soeharto di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Selangor. Semasa inilah pengurusan JKKK di bawah pimpinan Encik Harun b Jamaludin, banyak kemudahan dibawa masuk seperti padang futsal, Balairaya setiap cawangan, longkang, lampu jalan dan sebagainya.

Pada tahun 2007 pentadbiran Kg.Soeharto diserahkan kembali kepada Felda.


MEMORY...

Rosmah turut berkempen di Felda Soeharto
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm

SEJARAH MBFM
Setelah FELDA diwujudkan pada 1 Julai 1956, pelbagai pertubuhan belia wujud di dalam rancangan FELDA seperti Persatuan Belia Felda, Gerakan Belia 4B, MAYC, HYO dan lain-lain.
Pada tahun 1969, Gabungan Persatuan Belia Felda Wilayah Selatan (PBFWS) ditubuhkan. Pada tahun 1975 ianya ditukar nama kepada Majlis Belia Felda Kawasan Selatan dan diterima menjadi Ahli Bersekutu atau badan gabungan Majlis Belia Malaysia.
Pada tahun 1977 satu perjumpaan para belia Felda telah diadakan di Wisma YMCA Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan Majlis Belia Felda Kebangsaan bagaimanapun ianya gagal berfungsi. Pada 27 Oktober 1980 Felda mengatur satu perjumpaan untuk membentuk Gerakan Persatuan Belia Felda Kebangsaan di Institut Pembangunan Tanah FELDA (INPUT) Trolak, bagaimanapun ianya turut menemui kegagalan dan usaha-usaha kearah menwujudkan semula Majlis Belia Felda terus dilaksanakan.
Pada April 1988, satu perjumpaan khas belia Felda telah diadakan di Johor Bahru bagi membincangkan penubuhan Majlis Belia Felda Kebangsaan telah diadakan. Lanjutan dari usaha tersebut, satu mesyuarat penaja penubuhan telah diadakan pada Julai 1988 di Asrama Semai Bakti FELDA, Kuala Lumpur.
MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA telah ditubuhkan dengan rasmi dan didaftarkan pada 7 Ogos 1991 dengan keahlian seramai 59,836 orang. Mesyuarat Agung Kali Pertama telah diadakan pada 9 Oktober 1991 di Institut Pembangunan Tanah FELDA (INPUT) yang disempurnakan oleh YB Encik Yassin Kamari, Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia.
MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA ditubuhkan dan didaftarkan pada 7 Ogos 1991 dengan hasrat untuk menjadi sebuah badan penyelaras persatuan-persatuan belia Felda di Malaysia. Penubuhan MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA juga selari dengan hasrat kerajaan untuk melihat generasi kedua Felda proaktif menghadapi cabaran dalam era globalisasi.
MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA amat komited terhadap rancangan yang disebutkan di atas dan oleh itu kami akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayan kami dalam bidang yang diceburi ini. Dengan berbekalkan kepada keyakinan yang tinggi dan diurus tadbir oleh mereka yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi sudah tentu akan menjadikan Majlis Belia Felda Malaysia sebuah pertubuhan belia yang mampu bersaing dengan pertubuhan belia lain yang sedia ada.


SENARAI PENGERUSI MBFM SOEHARTO

1. ADLI B IBRAHIM 2008-2009
2. HASMADON B ASNGADI 2010-SEKARANG