Khamis, 18 September 2008

Majlis Pelancaran Tadarus Quran dan Majlis Berbuka Puasa




16 September 2008 - Yang Berbahagia Tan Sri Dr.Mohd Yusof Noor telah sudi hadir ke Masjid Al Makmuriah Felda Gedangsa dan bersama peneroka Gugusan Sg.Dusun untuk bersama-sama memeriahkan majlis Tadarus Quran dan Majlis Berbuka Puasa.

Pada jam 2.00 petang program tadarrus quran dimulakan. Peserta di bahagiakan kepada beberapa kumpulan , satu kumpulan 3 orang. Jumlah perserta menjangkau 100 orang terdiri dari belia/beliawanis seluruh Wilayah Trolak dan pelajar sekolah SAM Sg.Selisek.

Majlis tadarrus quran diakhiri dengan bacaan doa oleh tuan imam Masjid Al Makmuriah Felda Gedangsa. Kemudia semua peserta mendirikan solat Asar berjemaah.

Tepat jam 5.00 petang tetamu khas iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor , Pengerusi Felda datang bersama Pengerusi MBFM iaitu Dato' Ramli.

Dalam ucapan Tan Sri mengatakan dah lama tidak berjalan ke Gugusan Sg.Dusun. Oleh itu majlis ini dilaksanakan di sini.


Tiada ulasan: