Selasa, 25 Ogos 2009

Bulan Ramadhan

“HIKMAH PUASA”

Adapun puasa itu merupakan ajaran agama kita yg mempunyai banyak hikmah.Antara nya ialah :

1. Mendidik para mukmin supaya berperangai luhur dan dapat mengawal nafsu dan keinginan manusia biasa.

2. Mendidik jiwa agar biasa dan dapat menguasai diri sehingga mudah menjalankan semua kebaikan dan meninggalkan larangan.

3. Membiasakan diri dan melatih orang yang berpuasa bersabar dan tahan ujian.

4. Mendidik jiwa memegang amanat sebaik2nya, kerana org berpuasa memegang amanat tidak makan dan tidak minum atau melakukan hal2 yg boleh membatalkannya.

5. Untuk mendidik manusia agar jangan mudah/ lekas dipengaruhi oleh benda apa sekalipun walaupun dalam keadaan lapar dan sengsara.

6. Untuk menyuburkan rasa syukur kepada Allah atas rezeki dan kurniaanNYa yg telah diberikan kepada hambanya.

7. Dari sudut kesihatan pula puasa sangat berguna untuk menjaga dan memperbaiki kesihatan.

8. Menanamkan rasa kasih sayang sesama manusia, terutama orang miskin dan fakir. Dengan berpuasa kita boleh merasai nasib mereka yg selalu kelaparan kerana tiada makanan.

Pembacaan melalui buku/kitab bertajuk ‘FIKH ISLAM LENGKAP’

Wassalam

Tiada ulasan: