Sabtu, 3 April 2010

Majlis Pecah Tanah Perumahan Generasi 2 Felda




3 April 2010, YAB Dato' Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak telah sudi turun padang ke Felda Soeharto bagi menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek perumahan Generasi 2 Felda Gugusan Sg.Dusun. Projek yang akan dilaksanakan itu terletak di kawasan Felda Soeharto di kawasan seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah dan menelan belanja kira-kira RM32 juta. Rumah yang akan dibina ini adalah berkonsep mampu milik terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik. Harga setiap unit ditetapkan RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah.

Khamis, 1 April 2010

Lawatan Pertama Bapa Angkat




1 April 2010 , Khamis, 4.15 petang ,lawatan silaturrahim UMNO Bahagian Sg.Besar ke Felda Soeharto sebagai suaikenal antara dua pihak yang akan berkempen dalam PRK Parlimen Hulu Selangor. perjumpaan diadakan di Bilik Gerakan JKKKP Kg.Soeharto. Lawatan diketuai oleh Dato' Seri Mohd Khir b Toyo.

Pilihanraya Kecil ( PRK ) Parlimen Hulu Selangor



Buat pertama kali dalam sejarah Hulu Selangor, PRK Parlimen akan diadakan bagi mencari pengganti MP yang meninggal dunia.

Siap sedia.....
Siapa yang mendaftar SPR sehingga Okt 2009 sahaja yang layak mengundi dalam PRK kali ini.