Selasa, 15 Februari 2011

Majlis Bersama Khairudin

Saudara Khairudin b Mohamad adalah merupakan anak jati Felda Soeharto. Sekarang beliau bekerja di JPM sebagai Setiausaha Sulit Kanan YB Hj Ahmad b Maslan, Menteri di JPM. Jamuan ini diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada warga belia Felda Soeharto yang mengharumkan nama Felda Soeharto. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh warga belia. Antaranya dalam acara motocross, nasyid, pidato, kompang dan mencegah masalah sosial iaitu najis dadah. Ia bermula dari pemilihan Saudara Khairudin dalam Anugerah Belia Felda pada tahun 2009 sebagai Pimpinan Terbilang Felda .Majlis turut dihadiri oleh Encik Zaki Husin, Penolong Pengurus Felda Soeharto, Haji Bahrin b Arshad, Pengerusi JKKKR dan pimpinan setempat.