Khamis, 1 April 2010

Pilihanraya Kecil ( PRK ) Parlimen Hulu Selangor



Buat pertama kali dalam sejarah Hulu Selangor, PRK Parlimen akan diadakan bagi mencari pengganti MP yang meninggal dunia.

Siap sedia.....
Siapa yang mendaftar SPR sehingga Okt 2009 sahaja yang layak mengundi dalam PRK kali ini.

Sabtu, 9 Januari 2010

LOGO UMNO Juara Rakyat

Kebanggaan FELDA


Khairudin Mohamad, Tokoh Kepimpinan Belia Terbilang FELDA 2009


Mohd Razilah Abdullah, Pegawai SERANTA di JPM

Berdiskusi di siaran Astro Awani.

Gambar kenangan bersama KJ dan Razali



Semasa Pelancaran Program UMNO Juara Rakyat Peringkat Kebangsaan di Bukit Sentosa
9 Januari 2010

Rabu, 6 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Semoga tahun ini memberi semangat baru kepada para belia untuk meneruskan usaha ke arah kemajuan dan pembangunan diri dan persatuan. Tanamkan azam dan tekad untuk berjaya di tahun ini dengan pelbagai cara dan usaha seiring dengan wawasan yang diidamkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak. Semoga warga FELDA bertambah baik taraf kehidupannya dan menjadi rakyat Malaysia yang tahu mengenang jasa dan tahu membalasnya dengan cara bangsa Malaysia yang terkenal dengan sopan dan budinya.

Rabu, 30 Disember 2009

Ceramah Perdana " Wacana Pendeta"



Penceramah yang berilmu - Ustaz Mohd Kamal Saidin

Teruslah kita berjuang demi agama , Bangsa dan Negara.

Jumaat, 25 Disember 2009

Ketua Pemuda Bahagian Turun Padang


Ketua Pemuda Bahagian sedang menyampaikan ucapan dan maklumat semasa.


Turut hadir : Hasmadon ( Ketua MBFM ) dan Manap Shaari (Ketua Cawangan Sg.Dusun )

Perbincangan bersama KP Bahagian , Mahmud Karim, mengenai Program Wacana Pendeta bersama Ustaz Mohd Kamal Saidin. Ahad 27 Dis 2009 di perkarangan Bilik Gerakan JKKKP Kg.Soeharto.

Isnin, 21 Disember 2009

Galeri Karnival IKTIRAF


Pusat Sukan UITM, Lokasi pertandingan Kompang.


Kumpulan nasyid sedang membuat persembahan.


Belon panas ......naik percuma....


Peserta mendaftar di Kolej Perindu UITM.


Kenang-kenangan...


Jumpalah seorang mamat ni....Yanzen...Duta air mineral R&S

Anugerah IKTIRAF 2009

Antaranya :
Tokoh Generasi Baru Felda - Datuk Aziz Shamsudin & Datuk Abdullah Abu Bakar.
Personaliti Istimewa (OKU) - Noraini Said - Trolak Timur
Pencapaian Sukan - Abdullah Zawawi M.Hairani - Sri Ledang
Kecemerlangan Pendidikan - Nadia Abdul Rahman - Kota Gelanggi
Usahawan Jaya - Mohd Hanafi Ismail - Belara
Kepimpinan Terbilang - Mohd Khairudin Mohamad - Felda Soeharto
Kepimpinan Terbilang - Noraslina Zainal Abidin
Terbaik Pembangunan ekonomi - Felda Pasir Besar
Terbaik Pentadbiran dan Pengurusan - Felda Lubuk Merbau
Terbaik Pendidikan dan Kemahiran - Felda Sahabat 3
Terbaik Sukan dan Kebudayaan - Felda Besaut 1
Terbaik Khidmat Masyarakat dan Kesukarelaan - Felda Sri Dahlia Jengka 3
Terbaik membenteras Gejala Sosial - Felda Ayer Tawar 2

Anugerah Persatuan Belia Felda Terbaik - Felda Bukit Bading, Terengganu.

IKTIRAF 2009


Salam dari UITM ...

Telah berlalu IKTIRAF 2009 yang meriah dengan pameran dan pengunjungnya.....meriah dengan urusetia dan pegawai serantanya...meriah dengan kolej dengan tukang masak dewan makannya....meriah dengan warga Felda dan student UITMnya....
Memang rugi kepada sesiapa yang 'dijemput' tetapi tidak hadir....kalau 'tidak dijemput' secara rasmi , lepas tu tidak datang , lagi lah rugi....

Walauapapun Belia Felda Soeharto dan segala isi kampungnya PATUT berbangga dengan pencapaian anak-anak Felda....Kumpulan nasyid yang membuat persembahan dua malam berturut-turut.....memang dahsyat....belia dari wilayah lain tertanya-tanya...dari mana datangnya kumpulan ni....
Pasukan kompang pula mewakili Wilayah Trolak untuk pertandingan kompang berirama..main kompang dan menari sekali....



dan satu lagi kejayaan yang akan menjadi sejarah indah ialah kejayaan En Khairudin b Mohamad sebagai Kepimpinan Belia Terbilang Felda 2009...




Syabas SERANTA...dan banyak lagi yang perlu dibaiki....
Terima kasih semua ....

Ahad, 13 Disember 2009

Open Motocross Sg.Dusun 2009

Peristiwa penting 13 Disember 2009




Sesi taklimat kepada urusetia litar oleh marshal.




YB Datuk Hj Ahmad b Maslan , hadir memberi ucapan dan merasmikan Karnival Motocross Sg.Dusun 2009



Rakan-rakan yang hadir...
Khairudin Mohamad, Abd Manap Saari dan Cikgu Shuib.



YB Datuk HjAhmad Maslan berkenalaan bersama barisan pelumba Kategori Classic.



Jamuan ringan selepas ucapan perasmian.
Turut hadir YB Dato' Mohamed Idris b Abu Bakar ADUN Ulu Bernam,
En Mat Isa b Abd Aziz, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor,
En Ibrahim b Hasan , Pegawai Jabatan Belia Daerah, En Mustaza Sulaiman , Pengurus Felda Soeharto, Pegawai Seranta Felda dan Pengerusi MBFM Soeharto En HAsmadon b Asngadi.

Sesi Latihan

12 Disember 2009
jam 3.30 ptg

Jumaat, 11 Disember 2009

Open Motocross Sg.Dusun 2009

Persiapan tempat perlumbaan dan penonton, siap sedia menanti hari kemuncak
13 Disember 2009.






Khemah untuk berniaga pun ada....

Sabtu, 5 Disember 2009

Program Rakan Muda Wilayah Trolak

5 Dis 2009, Pejabat Felda Wilayah Trolak, MBFM Cawangan Felda Soeharto telah memenangi Pertandingan Nasyid dan Kompang ....Tahniah....

Mesyuarat Majlis Belia Daerah - Wakil MBFM Selangor



Mesyuarat berlangsung di Pejabat ADUN Batang Kali YB Isa Abu Kasim. 4 Dis 2009 hari Jumaat. Sebanyak 14 badan gabungan belia di daerah Hulu Selangor yang sepatutnya hadir tetapi hanya 10 badan belia yang dapat hadir. MBFM Hulu Selangor diwakili oleh En Hasmadon b Asngadi, Pengerusi MBFM Cawangan Felda Soeharto.



Mesyuarat dipengerusikan oleh En.Zulkarnain Abu Hanit. Pengerusi MBD Hulu Selangor. Mesyuarat membincangkan persediaan Mesyuarat Agung yang akan diadakan pada 16 Disember 2009, yang akan berlangsung di Rumah Rehat KKB.

Rabu, 4 November 2009

Mesyuarat MBFM Wilayah Trolak

TARIKH : 5 NOVEMBER 2009
MASA : 9 PAGI HINGGA 12.00 TGH
TEMPAT : PEJABAT FELDA WILAYAH TROLAK

Sabtu, 17 Oktober 2009

Jumaat, 4 September 2009

Alhamdulillah....Syukur pada tuhan

Ucap Terima Kasih kepada PM Kita...


Peneroka dapat duit raya....

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan "Seramai 101,672 peneroka atau 90.27 peratus yang masih bersama Felda akan menerima RM350 seorang dan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM35.59 juta.

Seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak lagi bersama Felda akan menerima RM150 seorang. Jumlah ini pula melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta".