Selasa, 15 Februari 2011

Majlis Bersama Khairudin

Saudara Khairudin b Mohamad adalah merupakan anak jati Felda Soeharto. Sekarang beliau bekerja di JPM sebagai Setiausaha Sulit Kanan YB Hj Ahmad b Maslan, Menteri di JPM. Jamuan ini diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada warga belia Felda Soeharto yang mengharumkan nama Felda Soeharto. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh warga belia. Antaranya dalam acara motocross, nasyid, pidato, kompang dan mencegah masalah sosial iaitu najis dadah. Ia bermula dari pemilihan Saudara Khairudin dalam Anugerah Belia Felda pada tahun 2009 sebagai Pimpinan Terbilang Felda .Majlis turut dihadiri oleh Encik Zaki Husin, Penolong Pengurus Felda Soeharto, Haji Bahrin b Arshad, Pengerusi JKKKR dan pimpinan setempat.


Jumaat, 17 Disember 2010

Tahniah ...


Tahniah kepada pasukan kompang MBFM Soeharto : Tempat Ke 4 Pertandingan Kompang

Rabu, 3 November 2010

Sukan Belia 1Malaysia




Acara : Bola Jaring, Futsal & Sepak Takraw
Sasaran : Belia berumur 15 hingga 40 tahun
Tarikh : 4 Disember 2010
Tempat : Kompleks Sukan Felda Soeharto

Semua dipelawa dan dijemput hadir.
Boleh hubungi Hasmadon untuk maklumat lanjut.

Kenangan PRK Parlimen Hulu Selangor



Mesyuarat Bersama GWGF



Pejabat GWGF Shah Alam.

Rabu, 8 September 2010

Majlis Gotong Royong Perdana





8 September 2010 , Rabu. Majlis bersama GWGF di Felda Gedangsa dan akan dirasmikan oleh Tan Sri Rozali b Ismail. Majlis gotong royong bermula seawal jam 8.30 pagi di masjid Al Makmur Felda Gedangsa akan berlanjutan sehingga majlis berbuka puasa dan solat sunat Terawikh. Bagi Felda Gugusan Sg.Dusun, semua ahli belia dijemput bersama-sama untuk menjayakan majlis. GWGF telah menyediakan pengangkutan bagi kemudahan para belia untuk hadir ke majlis tersebut.