Isnin, 9 April 2007

Malaysia "50 Tahun Merdeka"

Tahniah !!!!!! Kepada semua rakyat Malaysia,berbanggalah menjadi rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama menadah tangan bersyukur kepada Allah swt, atas segala apa yang dikurniakan kepada kita. Marilah kita bersama menjaga negara kita yang tercinta ini. Marilah kita menjadi rakyat yang taat kepada Allah,negara,pemimpin dan jujur kepada diri kita sendiri. Semoga kita menjadi orang yang berjaya dan bahagia.

Untuk warga belia, jangan lupa untuk menjadi ahli persatuan belia. Wadah yang paling sesuai untuk para belia menyumbang bakti,tenaga dan idea. Khas kepada ahli persatuan Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Sg.Dusun, jangan lupa untuk menghadiri mesyuarat agung yang akan berlangsung pada 14 April 2007 hari Sabtu jam 2.30 petang. Perasmi En Isa b Abu Kasim, Pengerusi Belia 4B Kawasan Hulu Selangor.

Saya selaku setiausaha, mengambil kesempatan ini menjemput tuan/puan untuk hadir. Saya juga mempelawa untuk memberi idea dan cadangan untuk persatuan ini.

Sekian, terima kasih.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Adli Ibrahim ( 0l7 3l5 39l5 )

Tiada ulasan: