Rabu, 21 Mei 2008

Selamat Menyambut Hari Belia 2008

15/5, Bukit Jalil – “Kerajaan akan memberi perhatian khusus kepada golongan belia agar mereka berupaya tampil sebagai individu cemerlang, terbilang dan gemilang dengan menerima pendidikan yang terbaik” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di Perhimpunan Hari Belia Negara 2008 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini . Menurut beliau, golongan belia ini akan diberi peluang sepenuhnya mengikut kursus-kursus dalam bidang yang dikehendaki oleh sektor swasta agar mereka mudah memperoleh peluang pekerjaan sebaik tamat persekolahan. Tambah beliau lagi, belia harus terus berusaha dengan membawa imej negara kerana belia merupakan pemimpin di masa hadapan. Seramai 15,000 orang belia daripada 40 gabungan pertubuhan di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) dan belia-belia negara hadir menyertai Perhimpunan Belia Negara 2008 sempena Hari Belia Negara 2008 yang bertemakan Belia Cemerlang Negara Terbilang. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan dalam sidang media selepas majlis perhimpunan itu beliau akan mengarahkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IPPBM) untuk mengkaji semua program-program yang telah dianjurkan oleh KBS termasuk Rakan Muda. “Langkah ini bertujuan untuk meneliti sesudah program dilaksanakan sama ada memberikan kesan positif kepada belia,” katanya yang dalam usaha untuk mengubah ritual sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya”. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan; YB Datuk Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Wee Jeck Seng, Presiden Belia 4B; Datuk Ali Rustam dan Presiden Majlis Belia Malaysia; Datuk Shamsul Anuar Haji Nasarah. Selain Perhimpunan Belia, antara program yang disediakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2008 adalah Karnival Remaja dan Sukan, pameran dan jualan, persembahan pentas dan pelbagai jenis pertandingan mulai 14 – 18 Mei 2008

Tiada ulasan: