Khamis, 10 Julai 2008

Sambutan Hari Peneroka 2008






Pada 6 Julai 2008 yang lalu , telah diadakan Sambutan Hari Peneroka 2008 bertempat di PICC Putrajaya. Wakil Felda Soeharto ialah En Mustaza Sulaiman, En Adli b Ibrahim, Pn Zaiton bt Jurapi . Mendaftar di Hotel Palm Garden Putrajaya.

Peserta yang hadir telah diberi pelbagai maklumat berkenaan isu semasa dan hal-hal berkaitan dengan pembangunan masyarakat Felda. Seminar bertajuk Landskap, Pendidikan dan Pembangunan belia telah dibentang dan diulas oleh peserta dengan baik.

Peneroka Semenchu pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2008 PUTRAJAYA: Seramai 628 keluarga Felda Semenchu Kota Tinggi, Johor, semalam menerima durian runtuh RM1 juta selepas tanah rancangan mereka dipilih pemenang keseluruhan Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2008 (AKKF). Setiap keluarga peneroka akan menerima RM1,000, manakala lebih RM300,000 lagi digunakan untuk menaik taraf kemudahan asas di kawasan itu. Pengurus Tanah Rancangan Felda Semenchu, Mat Noh Abdullah, berkata beliau tidak menjangka dipilih pemenang berikutan persaingan sengit sembilan lagi tanah rancangan yang dipilih pada peringkat akhir. Hadiah disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui serta Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Noor. Terdahulu Timbalan Perdana Menteri mengingatkan peneroka Felda tidak melupakan budi kerajaan yang membantu mengubah hidup mereka sehingga ramai yang mampu hidup selesa sekarang.
Mengimbau sejarah Felda, Najib berkata, sudah banyak kejayaan dikecapi peneroka sepanjang 52 tahun rancangan itu dilaksanakan kerajaan. "Jika generasi pertama Felda terpaksa berkongsi sebatang paip air untuk lima keluarga, sekarang peneroka sudah mampu hidup senang, mengubahsuai rumah dan mempunyai tanah serta pendapatan sendiri," katanya. Najib berkata, usaha kerajaan memperkasakan tanah rancangan Felda akan diteruskan bagi memberi lebih banyak manfaat kepada peneroka dan menjadikan mereka contoh pembangunan masyarakat luar bandar.


Tiada ulasan: