Ahad, 9 November 2008

Karnival Belia Sg.Dusun 2008

Satu Karnival akan diadakan di Sg.Dusun pada 23 November 2008 hari ahad. Karnival Belia adalah satu program dari Gerakan Belia Sg.Dusun.
Antara objektif yang hendak dicapai ialah pertama memberi penghargaan kepada ahli jawatankuasa bagi sesi yang lalu. Kedua memberi peluang kepada para belia dan masyarakat setempat untuk bersama dalam satu program santai sambil memberi aktiviti yang bermanafaat.
Pertandingan wau dan layang-layang tercantik, memasak, menjahit manik, sepak takraw, mewarna, pameran motorsikal klasik, pameran kesihatan dan karaoke adalah antara aktiviti yang dirancang semasa karnival tersebut.

Karnival akan bermula pada sebelah pagi dan dijangka berakhir pada sebelah malam dengan acara kemuncaknya ialah pertandingan akhir karaoke dan penyampaian hadiah bagi semua acara yang dipertandingkan.

Semua dijemput hadir.

Tiada ulasan: