Selasa, 3 Ogos 2010

Selamat Bersara

27 Julai 2010, JKKKR Felda Soeharto telah meraikan persaraan Pengurus Felda Soeharto iaitu Encik Mustaza b Sulaiman. Encik Mustaza merupakan pengurus yang bertugas sejak 2007 iaitu selepas 10 tahun Kg.Soeharto tidak bernaung di bawah pengawasan Felda. Majlis itu juga meraikan pertukaran pegawai iaitu Encik Sukri ( Pemandu ) yang bertukar. Pengalaman yang diperolehi ketika bertugas di Felda Soeharto, diharap dapat dijadikan sebagai kenangan yang manis dan boleh diceritakan kepada anak cucu pada masa akan datang. MBFM mendoakan semoga kedua-dua pegawai akan dapat meneruskan kerjaya dan berjaya dalam bidang masing-masing.

Tiada ulasan: