Rabu, 16 Julai 2008

Perbincangan Program Anak Angkat








Program antara Pejabat Belia Daerah Hulu Selangor, UIAM dan Gerakan Belia 4B Sg.Dusun

Tarikh cadangan : 25-27 Julai 2008
Peserta : 40 orang


Khamis, 10 Julai 2008

Sambutan Hari Peneroka 2008






Pada 6 Julai 2008 yang lalu , telah diadakan Sambutan Hari Peneroka 2008 bertempat di PICC Putrajaya. Wakil Felda Soeharto ialah En Mustaza Sulaiman, En Adli b Ibrahim, Pn Zaiton bt Jurapi . Mendaftar di Hotel Palm Garden Putrajaya.

Peserta yang hadir telah diberi pelbagai maklumat berkenaan isu semasa dan hal-hal berkaitan dengan pembangunan masyarakat Felda. Seminar bertajuk Landskap, Pendidikan dan Pembangunan belia telah dibentang dan diulas oleh peserta dengan baik.

Peneroka Semenchu pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2008 PUTRAJAYA: Seramai 628 keluarga Felda Semenchu Kota Tinggi, Johor, semalam menerima durian runtuh RM1 juta selepas tanah rancangan mereka dipilih pemenang keseluruhan Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2008 (AKKF). Setiap keluarga peneroka akan menerima RM1,000, manakala lebih RM300,000 lagi digunakan untuk menaik taraf kemudahan asas di kawasan itu. Pengurus Tanah Rancangan Felda Semenchu, Mat Noh Abdullah, berkata beliau tidak menjangka dipilih pemenang berikutan persaingan sengit sembilan lagi tanah rancangan yang dipilih pada peringkat akhir. Hadiah disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui serta Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Noor. Terdahulu Timbalan Perdana Menteri mengingatkan peneroka Felda tidak melupakan budi kerajaan yang membantu mengubah hidup mereka sehingga ramai yang mampu hidup selesa sekarang.
Mengimbau sejarah Felda, Najib berkata, sudah banyak kejayaan dikecapi peneroka sepanjang 52 tahun rancangan itu dilaksanakan kerajaan. "Jika generasi pertama Felda terpaksa berkongsi sebatang paip air untuk lima keluarga, sekarang peneroka sudah mampu hidup senang, mengubahsuai rumah dan mempunyai tanah serta pendapatan sendiri," katanya. Najib berkata, usaha kerajaan memperkasakan tanah rancangan Felda akan diteruskan bagi memberi lebih banyak manfaat kepada peneroka dan menjadikan mereka contoh pembangunan masyarakat luar bandar.


Rabu, 2 Julai 2008

Galeri Foto

Gotng Royong Bilik Belia








Program RMWD IPT ( UIAM )





Program Gotong Royong Bilik Belia ( 19 Julai 2008 )















Program Anak Angkat UITM Shah Alam


























Kejohanan Motocross Terbuka Belia 4B (M) Sg.Dusun (KMXSD)























Program Mahasiswa Ke Desa (MAKSA)

















































Isnin, 30 Jun 2008

Apakah Sumbangan Anda Kepada Negara?

Kita fikir lah sendiri......!!!!

Sumbanglah tenaga atau masa atau harta anda kepada masyarakat sekeliling kita.
Dengan sumbangan itu , sebenarnya ia menyumbang kepada negara kita.

Kampung yang cantik , akan menghasilkan mukim yang cantik...
Mukim yang cantik , akan menghasilkan daerah yang cantik...
Daerah yang cantik, akan menghasilkan negeri yang cantik...
Negeri yang cantik , akan menghasilkan Negara yang cantik...

tq

Rabu, 21 Mei 2008

Laporan Aktiviti Belia 4B (M) Sg.Dusun 2008

4 Januari 2008

Taklimat Penubuhan Persatuan Belia Rancangan di Pejabat Felda Wilayah Trolak

16 Januari 2008

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Belia Daerah Hulu Selangor di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

31 Januari - 4 Februari 2008

Kursus Biro Tata Negara untuk Pengerusi Belia di Komplek Sukan Kapar Klang.

23 Februari

Perjumpaan Pengerusi Belia bersama YB Tan Sri Dr Yusof Nor di Felda Ijok Perak.

26 Februari 2008

Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Persatuan Belia Felda di trolak Country Resort.

4 Mac 2008

Menyertai Pertandingan Futsal Piala Pengurus besar Wilayah Trolak di Komplek Sukan Komuniti Besout 3.

27 April 2008

Pesta Futsal Tertutup Peringkat Felda Soeharto

Sebanyak 26 pasukan telah mencuba nasib masing-masing dalam pesta tersebut. Pesta yang berlangsung selama sehari berkenaan telah berjaya mencungkil bakat baru di kalangan remaja dan belia belasan tahun. Pesta juga dapat memberi peluang kepada para belia berkenalan antara satu sama lain. Pada sebelah petang pesta pun selesai dengan kejuaraan dirangkul oleh pasukan Selangor peringkat 6. Pemain terbaik pula ialah Hanif Hasan. Manakala penjaring terbanyak ialah Shahrizan Harun.

5 Mei 2008

Mesyuarat Agung Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Sg.Dusun Kali Ke 6

Pengerusi : Adli b Ibrahim
Setiausaha : Mohd Shah Riduan b Hanapiah

10 Mei 2008

Menganjurkan Tadarrus Al-Quran Felda Peringkat Zon Selangor
Keputusan untuk Felda Soeharto:
Johan Syarahan Bahasa Arab Lelaki
Johan Nasyid
Johan Tilawah Perempuan
Naib Johan Tilawah Lelaki

18 Mei 2008

Menyertai Konvensyen Belia Sempena Minggu dan hari Belia Peringkat Negeri Selangor di Intekma Resort Shah Alam. 4 wakil dihantar mewakili persatuan dan mewakili daerah.

Selamat Menyambut Hari Belia 2008

15/5, Bukit Jalil – “Kerajaan akan memberi perhatian khusus kepada golongan belia agar mereka berupaya tampil sebagai individu cemerlang, terbilang dan gemilang dengan menerima pendidikan yang terbaik” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di Perhimpunan Hari Belia Negara 2008 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini . Menurut beliau, golongan belia ini akan diberi peluang sepenuhnya mengikut kursus-kursus dalam bidang yang dikehendaki oleh sektor swasta agar mereka mudah memperoleh peluang pekerjaan sebaik tamat persekolahan. Tambah beliau lagi, belia harus terus berusaha dengan membawa imej negara kerana belia merupakan pemimpin di masa hadapan. Seramai 15,000 orang belia daripada 40 gabungan pertubuhan di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) dan belia-belia negara hadir menyertai Perhimpunan Belia Negara 2008 sempena Hari Belia Negara 2008 yang bertemakan Belia Cemerlang Negara Terbilang. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan dalam sidang media selepas majlis perhimpunan itu beliau akan mengarahkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IPPBM) untuk mengkaji semua program-program yang telah dianjurkan oleh KBS termasuk Rakan Muda. “Langkah ini bertujuan untuk meneliti sesudah program dilaksanakan sama ada memberikan kesan positif kepada belia,” katanya yang dalam usaha untuk mengubah ritual sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya”. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan; YB Datuk Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Wee Jeck Seng, Presiden Belia 4B; Datuk Ali Rustam dan Presiden Majlis Belia Malaysia; Datuk Shamsul Anuar Haji Nasarah. Selain Perhimpunan Belia, antara program yang disediakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2008 adalah Karnival Remaja dan Sukan, pameran dan jualan, persembahan pentas dan pelbagai jenis pertandingan mulai 14 – 18 Mei 2008