Khamis, 10 Julai 2008

Sambutan Hari Peneroka 2008






Pada 6 Julai 2008 yang lalu , telah diadakan Sambutan Hari Peneroka 2008 bertempat di PICC Putrajaya. Wakil Felda Soeharto ialah En Mustaza Sulaiman, En Adli b Ibrahim, Pn Zaiton bt Jurapi . Mendaftar di Hotel Palm Garden Putrajaya.

Peserta yang hadir telah diberi pelbagai maklumat berkenaan isu semasa dan hal-hal berkaitan dengan pembangunan masyarakat Felda. Seminar bertajuk Landskap, Pendidikan dan Pembangunan belia telah dibentang dan diulas oleh peserta dengan baik.

Peneroka Semenchu pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2008 PUTRAJAYA: Seramai 628 keluarga Felda Semenchu Kota Tinggi, Johor, semalam menerima durian runtuh RM1 juta selepas tanah rancangan mereka dipilih pemenang keseluruhan Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2008 (AKKF). Setiap keluarga peneroka akan menerima RM1,000, manakala lebih RM300,000 lagi digunakan untuk menaik taraf kemudahan asas di kawasan itu. Pengurus Tanah Rancangan Felda Semenchu, Mat Noh Abdullah, berkata beliau tidak menjangka dipilih pemenang berikutan persaingan sengit sembilan lagi tanah rancangan yang dipilih pada peringkat akhir. Hadiah disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui serta Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Noor. Terdahulu Timbalan Perdana Menteri mengingatkan peneroka Felda tidak melupakan budi kerajaan yang membantu mengubah hidup mereka sehingga ramai yang mampu hidup selesa sekarang.
Mengimbau sejarah Felda, Najib berkata, sudah banyak kejayaan dikecapi peneroka sepanjang 52 tahun rancangan itu dilaksanakan kerajaan. "Jika generasi pertama Felda terpaksa berkongsi sebatang paip air untuk lima keluarga, sekarang peneroka sudah mampu hidup senang, mengubahsuai rumah dan mempunyai tanah serta pendapatan sendiri," katanya. Najib berkata, usaha kerajaan memperkasakan tanah rancangan Felda akan diteruskan bagi memberi lebih banyak manfaat kepada peneroka dan menjadikan mereka contoh pembangunan masyarakat luar bandar.


Rabu, 2 Julai 2008

Galeri Foto

Gotng Royong Bilik Belia








Program RMWD IPT ( UIAM )





Program Gotong Royong Bilik Belia ( 19 Julai 2008 )















Program Anak Angkat UITM Shah Alam


























Kejohanan Motocross Terbuka Belia 4B (M) Sg.Dusun (KMXSD)























Program Mahasiswa Ke Desa (MAKSA)

















































Isnin, 30 Jun 2008

Apakah Sumbangan Anda Kepada Negara?

Kita fikir lah sendiri......!!!!

Sumbanglah tenaga atau masa atau harta anda kepada masyarakat sekeliling kita.
Dengan sumbangan itu , sebenarnya ia menyumbang kepada negara kita.

Kampung yang cantik , akan menghasilkan mukim yang cantik...
Mukim yang cantik , akan menghasilkan daerah yang cantik...
Daerah yang cantik, akan menghasilkan negeri yang cantik...
Negeri yang cantik , akan menghasilkan Negara yang cantik...

tq

Rabu, 21 Mei 2008

Laporan Aktiviti Belia 4B (M) Sg.Dusun 2008

4 Januari 2008

Taklimat Penubuhan Persatuan Belia Rancangan di Pejabat Felda Wilayah Trolak

16 Januari 2008

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Belia Daerah Hulu Selangor di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

31 Januari - 4 Februari 2008

Kursus Biro Tata Negara untuk Pengerusi Belia di Komplek Sukan Kapar Klang.

23 Februari

Perjumpaan Pengerusi Belia bersama YB Tan Sri Dr Yusof Nor di Felda Ijok Perak.

26 Februari 2008

Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Persatuan Belia Felda di trolak Country Resort.

4 Mac 2008

Menyertai Pertandingan Futsal Piala Pengurus besar Wilayah Trolak di Komplek Sukan Komuniti Besout 3.

27 April 2008

Pesta Futsal Tertutup Peringkat Felda Soeharto

Sebanyak 26 pasukan telah mencuba nasib masing-masing dalam pesta tersebut. Pesta yang berlangsung selama sehari berkenaan telah berjaya mencungkil bakat baru di kalangan remaja dan belia belasan tahun. Pesta juga dapat memberi peluang kepada para belia berkenalan antara satu sama lain. Pada sebelah petang pesta pun selesai dengan kejuaraan dirangkul oleh pasukan Selangor peringkat 6. Pemain terbaik pula ialah Hanif Hasan. Manakala penjaring terbanyak ialah Shahrizan Harun.

5 Mei 2008

Mesyuarat Agung Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Sg.Dusun Kali Ke 6

Pengerusi : Adli b Ibrahim
Setiausaha : Mohd Shah Riduan b Hanapiah

10 Mei 2008

Menganjurkan Tadarrus Al-Quran Felda Peringkat Zon Selangor
Keputusan untuk Felda Soeharto:
Johan Syarahan Bahasa Arab Lelaki
Johan Nasyid
Johan Tilawah Perempuan
Naib Johan Tilawah Lelaki

18 Mei 2008

Menyertai Konvensyen Belia Sempena Minggu dan hari Belia Peringkat Negeri Selangor di Intekma Resort Shah Alam. 4 wakil dihantar mewakili persatuan dan mewakili daerah.

Selamat Menyambut Hari Belia 2008

15/5, Bukit Jalil – “Kerajaan akan memberi perhatian khusus kepada golongan belia agar mereka berupaya tampil sebagai individu cemerlang, terbilang dan gemilang dengan menerima pendidikan yang terbaik” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di Perhimpunan Hari Belia Negara 2008 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini . Menurut beliau, golongan belia ini akan diberi peluang sepenuhnya mengikut kursus-kursus dalam bidang yang dikehendaki oleh sektor swasta agar mereka mudah memperoleh peluang pekerjaan sebaik tamat persekolahan. Tambah beliau lagi, belia harus terus berusaha dengan membawa imej negara kerana belia merupakan pemimpin di masa hadapan. Seramai 15,000 orang belia daripada 40 gabungan pertubuhan di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) dan belia-belia negara hadir menyertai Perhimpunan Belia Negara 2008 sempena Hari Belia Negara 2008 yang bertemakan Belia Cemerlang Negara Terbilang. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan dalam sidang media selepas majlis perhimpunan itu beliau akan mengarahkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IPPBM) untuk mengkaji semua program-program yang telah dianjurkan oleh KBS termasuk Rakan Muda. “Langkah ini bertujuan untuk meneliti sesudah program dilaksanakan sama ada memberikan kesan positif kepada belia,” katanya yang dalam usaha untuk mengubah ritual sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya”. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan; YB Datuk Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Wee Jeck Seng, Presiden Belia 4B; Datuk Ali Rustam dan Presiden Majlis Belia Malaysia; Datuk Shamsul Anuar Haji Nasarah. Selain Perhimpunan Belia, antara program yang disediakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2008 adalah Karnival Remaja dan Sukan, pameran dan jualan, persembahan pentas dan pelbagai jenis pertandingan mulai 14 – 18 Mei 2008

Ahad, 9 September 2007

PROGRAM JALINAN KASIH BAKTI SISWA


Pada 25 dan 26 Ogos 2007, seramai 36 mahasiswa UPSI telah menjalankan Program Jalinan Kasih Bakti Siswa. Kg.Soeharto menjadi pilihan kepada peserta tersebut dengan seramai 13 keluarga terpilih untuk menjadi keluarga angkat kepada mahasiswa UPSI ini. Ketua program iaitu Mohd Haizal, menyatakan program ini amat bermakna buat mereka walaupun pada mulanya sekadar menyiapkan kerja kumpulan tetapi ianya telah pergi jauh daripada itu.

Sebagai tuan rumah En.Harun b Jamaludin juga berasa bangga dengan pelajar-pelajar ini yang mampu mengurus projek yang besar , sedangkan mereka hanya mendaftar di UPSI pada bulan Julai yang lalu. Segala program telah dirancang bersama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Sg.Dusun yang diterajui oleh En Adli b Ibrahim. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong, sukaneka, lawatan muhibbah dan Program Bersama Ketua Belia.




Isnin, 2 Julai 2007

Aktiviti Sepanjang Tahun 2006

Senarai Program Sepanjang Tahun 2006


1
18/1
Mesyuarat Jawatankuasa kali ke 27-1

2
10/2
Gotong royong kemas BiliK Gerakan

3
14/2
Mesyuarat Badan Gabungan JKKK

4
14/2
Mesyuarat Jawatankuasa kali ke 28-2

5
15/2
Masak Bubur Asyuro

6
20/2
Tanam Bunga di Bilik Gerakan Belia

7
1/3
Persahabatan B/sepak vs Kg.Serigala

8
4/3
Menyertai Pertandingan Bola Jaring

9
4,5/3
Program Anak Angkat di Gedangsa

10
4,5/3
Urusetia Mencari Harta Karun di Sg.Tengi

11
12/3
Menyertai Kejohanan B/sepak 9 Sebelah
Ke 4

12
12/3
Mesyuarat Belia Kawasan di KKB

13
14/3
Mesyuarat Badan Gabungan JKKK

14
14/3
Mesyuarat Jawatankuasa kali ke 29-3

15
24/3
Konvoi Belia ke Melaka/Negeri 9

16
28/3
Gotong Royong Pasang Pagar

17
6/4
Sukarelawan Sukan SKKS

18
6/4
Seminar Kerjaya – IKBN Peretak
4 org

19
13/4
Taklimat/perbincangan akhir KBTW

20
15/4
Gotong Royong Gelanggang B/Tampar

21
16/4
Kej. B/ Tampar (W)-Terbuka (KBTW)

22
23/4
Mesyuarat Agung

23
5/5
Ujian Tilawah Peringkat Kg.Soeharto

24
6/5
Mesyuarat Agung WI Daerah

25
6/5
Ujian Tilawah Peringkat Zon Utara

26
10/5
Lawatan Pelatih PLKN
Bancian

27
11/5
Perbicangan Dengan Belia Kawasan= Anugerah Belia Negara

28
15/5
Perhimpunan Belia di Bkt Jalil
20 org

29
20/5
Perbicangan Dengan Belia Kawasan= Anugerah Belia Negara

30
22/5
Perjumpaan Belia Felda Wilayah- Ipoh

31
26-28/5
Kursus Kepimpinan dan Pengupayaan Belia

32
4/6
Sukaneka Sempena Motocross & BKN

33
22/6
Anugerah Belia Negara

34
24-25/6
Kembara Ilmu Selangor

35
30-1/7
Kursus Pemimpin Belia-Melaka

36
16/7
Persahabatan Badminton

37
19/7
Kursus Memasak Sehari

38
12/8
Tilawah Daerah

39
31/8
Sukan Tadika

40
3-11/9
Kursus Sukarelawan Negara

41
9/9
Seminar Wakil Belia dalam JKKK

42
18-21/9
Kursus Kepimpinan Lanjutan

43
23/9
UPSI Sehari Bersama Masyarakat

44

Bulan Ramadhan & Hari Raya

45
4/11
Perhimpunan Belia Selangor 2006

46
12/11
Sambutan Hari Raya

47
28-30/11
Perkhemahan di Kg Org Asli,Cgkt Bintang

Sejarah

Sejarah Gerakan Belia 4B (M) Sg.Dusun
Kg.Soeharto Hulu Selangor

Sejarah bermula seawal tahun 1970, apabila seorang pegawai FELDA ketika itu yang telah mengambil inisiatif untuk menyelaras para belia di kawasan FELDA. Pegawai yang bertanggungjawab itu ialah En Zakaria.
Kegiatan para belia disokong oleh FELDA yang mahu melihat anak-anak FELDA terus maju dalam pembangunan insan samada dari segi ekonomi atau sosialnya.
Senarai pengerusi dalam pertubuhan belia di Sg.Dusun yang dapat dikesan sejak awal lagi ialah En Abd.Manan b Ahmad, diikuti oleh En Solihi, En Kamal b Ismail, En Ismail b Ariffin, En Ibrahim b Hamed, En Halim b Abdullah, En Saman b Dali , En Idris b Ahmad ( Cikgu Idris 80-84 ) dan En Fuad b Ali (84-85).
Kecemerlangan Belia Sg.Dusun terserlah di bawah kepimpinan En Harun b Jamaludin yang memegang jawatan pengerusi dari tahun 1985 hinnga 1990. Semua tenaga belia digembeling dan disatukan untuk menggerakan seluruh ahli bagi menjadi salah satu nama yang dikenali pada masa itu. Pada ketika itu juga mereka dikenali sebagai Belia Kembar dengan Persatuan Belia Sg.Tengi.
Pada tahun 1986 Belia 4B Sg.Dusun telah mendapat Anugerah Kurnia Belia Jaya Peringkat Daerah Hulu Selangor anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Manakala pertandingan anjuran Majlis Belia Daerah, Belia Sg.Dusun telah berjaya mendapat tempat pertama Anugerah Belia Jaya. Pada peringkat negeri pula, hanya mendapat tempat yang kelima.
Pelbagai biro telah menyumbang kepada kecemerlangan belia pada ketika itu, antaranya Biro Kebudayaan ( Dikir Barat,Boria,Pentoman,Bahas dan Kompang )Biro Ekonomi (Bengkel Membaiki TV dan Motorsikal) Biro Pertanian (Ladang Limau) dan Biro Sukan (Bola Sepak,Gasing Pangkah,Sepak Takraw dan Bola Jaring) . Rumah belia juga dapat diwujudkan atas usaha ahli belia, Pusat Latihan Pelatih Pegawai FELDA telah diubahsuai untuk dijadikan Rumah Belia. Walaubagaimanapun rumah itu telah dipindahkan ke bangunan bekas perpustakaan di Jalan Dewan pada awal tahun 2003.
Kepimpinan belia diteruskan lagi oleh En Zainudin b Mat Naan(91-93),En Mohd Yusof b Rasidi (93-94), En Jamil b Musa (94-95) En Aziz b Zainudin (95-2000) En Hasan Mukmin b Amat (2001-2003), En Ruslee b Ayob (2003-2004). Seterusnya En Kamaroszaman b Sohod mula memegang pucuk pimpinan pada tanggal 25 September 2004 hingga Mac 2007. Pada Mac 2007 persatuan belia dipimpin pula oleh En Adli b Ibrahim hingga ke hari ini.

Dalam tempoh 5 tahun terkini juga, Persatuan Belia 4B (M) Cawangan Sg.Dusun telah dicalonkan sebanyak dua kali untuk Anugerah Belia Negara iaitu pada tahun 2005 dan 2006. Pada tahun 2005 persatuan mendapat tempat pertama di peringkat Daerah Hulu Selangor. Telah mewakili daerah ke peringkat negeri Selangor.

Persatuan banyak menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong, menjadi penanggah kenduri kahwin dan menganjurkan beberapa acara sukan di peringkat kampung .

Antara aktiviti yang dijalankan pada tahun 2005 :


2/1/05
Kutipan Wang/Baju – Mangsa Tsunami
9/1/05
Gotong Royong Perdana Tsunami –Kuala Kedah
10/2/05
Kenduri di rumah YB Dato’ Mohamed Idris
19/2/05
Seminar Pengupayaan Belia di Klang
12-14/3/05
Kursus Perikanan di Rawang
16/3/05
Mesyuarat Jawatankuasa kali ke 22
20/3/05
Gotong Royong Surau & Dewan
24-26/3/05
Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Daerah Hulu Selangor
Kelas Tuisyen
10/4/05
Menyertai Pertandingan Sepak Takraw di Gesir
15-17/4/05
Program Anak Angkat di Sekinchan
19/4/05
Mesyuarat Jawatankuasa kali ke 23
22/4/05
Membantu JKKK dalam Program Sambutan Maulidur Rasul
7/5/05
Pertandingan Bola Sepak/Bola Jaring Gerak Daya Wawasan
8/5/05
Gotong Royong-papan tanda
Kelas Tuisyen
11/5/05
Mesyuarat Jawatankuasa kali ke 24
15/5/05
Gotong Royong-rumah belia
24/05/05
Lawatan Majlis Belia Daerah
28-31/5/05
Program Anak Angkat PROBAG (IBMM)
4-8/06/05
Program Anak Angkat MAKSA (UPSI)
13-18/06/05
Projek Kutipan sumbangan untuk Rumah Amal Hashimiah Sg.Besar
19/06/05
Lawatan ke Rumah Amal Hashimiah Sg.Besar
19/06/05
Lawatan ke Ladang Mempelam
2-3/07/05
Program Mesra Rakyat
07/07/05
Mesyuarat Jawatankuasa kali ke 25
8/07/05
Kutipan Derma Mangsa Kebakaran / penyerahan
Kelas Tuisyen
16/07/05
Pertandingan Tenpin Bowling
30/07/05
Kejohanan Bola sepak & Bola jaring Tabika DUN Hulu Bernam
19/08/05
Mesyuarat Jawatankuasa kali ke 26
20/08/05
Senamrobik (UPSI)
23/08/05
Kenduri Kesyukuran
30/8/05
Sambutan Kemerdekaan di rumah YB Dato’ Mohamed Idris
4/8/05
Ceramah Israk & Mikraj
25/9/05
Gotong royong Perdana sempena Ramadhan
Solat Tarawikh ikut jadual JKKK
Disember
Sambutan Hari Raya bersama JKKK

Selasa, 26 Jun 2007

Aktiviti Bulan Jun 2007

Kejohanan Sepak Takraw Kg.Soeharto ( tertutup)

Pada 24 Jun 2007 yang lalu telah berlangsung Kejohanan sepak Takraw Tertutup Kg Soeharto anjuran Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Sg.Dusun. Kejohanan yang bermula seawal 8.30 pagi itu, dimulakan dengan cabutan undi . Tujuh pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B. Kumpulan A terdiri dari empat pasukan iaitu Sedozen, Felda, Generasi Felda dan Otai Dusun. Manakala kumpulan B pula ialah Jebat , Pecah Kaca dan Budak Baik.

Kejohanan bermula dengan pertandingan secara liga kemudian perlawanan separuh akhir dan akhir. En Harun b Jamaludin turut serta menonton perlawanan akhir pada jam 3.00 petang dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Johan kejohanan ialah pasukan Otai Dusun dengan mengalahkan pasukan Pecah Kaca dalam perlawanan akhir. Manakalan pemain terbaik ialah Zulkifli Dahlan iaitu Tekong pasukan Otai Dusun.

Selasa, 12 Jun 2007

Aktiviti Bulan Mei 2007

Assalamualaikum wbt.

Sepanjang bulan Mei ini persatuan telah menjalankan aktiviti gotong royong bersama Belia Citra IKBN Peretak Kuala Kubu Bharu. Antara tempat yang dipilih ialah masjid , surau, rumah warga emas, Rumah Belia, Gelanggang permainan dan Pusat Simulasi ( Kanak-kanak Istimewa).

Belia Citra IKBN Peretak telah diketuai oleh En Faizul Nizam b Mokhtar dan Fasilitatornya En Zainudin b Mat Naan. Manakala di pihak kampung pula diwakili oleh En Harun b Jamaludin selaku Pengerusi JKKK Kg.Soeharto.

Semoga program ini dapat restu dari semua pihak.

sekian, terima kasih.