Isnin, 17 November 2008

Anugerah Belia Felda Malaysia 2008




16.11.2008 - Bertolak dengan bas dari wilayah Trolak di Balai Polis Bherang



Lama jugak aku, adon dan man tunggu bas, dari jam 2.30 petang sampai jam 4.30 petang baru lah bas tu datang ....adui..penat..






Penat tunggu bas di Bus Stop Bherang... dari panas sampai hujan...pastu panas balik...





dan sampai di PICC Putrajaya pada jam 6.15 petang.








jam 9.00 malam tu jugak ada motivasi bersama Dato Dr Fadilah Kamsah...memang best...









17.11.2008 - Hari kemuncak nya.... Pagi2 buta dah ada Forum..hehe...pastu Anugerah Belia Felda Malaysia..





Masa nak balik , sempat la ambik gambar ni...






































Dari Sidang Media Menteri

KBS perkenal rating tentukan peruntukan untuk belia

IPOH - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan satu sistem penilaian berdasarkan bintang dalam menentukan peruntukan kewangan yang bakal diterima oleh pertubuhan belia di negara ini pada masa akan datang. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini pertubuhan belia peringkat negeri dan pertubuhan belia peringkat cawangan masing-masing menerima peruntukan sama RM5,000 dan RM3,000 tanpa mengira jumlah keanggotaan pertubuhan belia yang berbeza-beza. Beliau berkata, antara kriteria yang akan dijadikan asas penilaian dalam menentukan jumlah peruntukan untuk pertubuhan belia adalah jumlah keanggotaannya serta aktiviti yang dilaksanakan oleh pertubuhan belia berkenaan. “Tujuan kita bagi duit adalah untuk pertubuhan belia menjalankan aktiviti tetapi kalau dapat duit dan tidak jalankan aktiviti, kita tidak akan bagi duit lagi. “Tidak ada jaminan lagi pertubuhan belia pasti akan dapat duit, dia akan dapat RM3,000 jika menjalankan aktiviti khususnya aktiviti melibatkan kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan belia peringkat negeri Perak di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, KBS akan memberhentikan bantuan peruntukan berkenaan terhadap mana-mana pertubuhan belia yang tidak menunjukkan prestasi baik dan gagal melepasi penilaian yang bakal diperkenalkan itu. Beliau mengingatkan agar pemimpin pertubuhan belia melaksanakan aktiviti yang lebih berfaedah dengan wang peruntukan yang diberikan itu. “Kita bagi duit bukan untuk bagi dia orang nak berseronok dengan duit itu...lawatan sambil belajarlah, benda-benda yang tak menguntungkan seperti buat baju, buat topi. Topi, baju, lawatan, itu bukannya aktiviti yang saya mahukan,” katanya.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, beliau akan mendapatkan laporan terperinci daripada para pegawai kementerian terlebih dahulu berhubung kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed kelmarin bahawa golongan belia kurang tertarik untuk menyertai sektor pembinaan negara disebabkan sektor itu masih berada pada tahap konvensional.

Ahad, 16 November 2008


JAM 8.00 PAGI - PERSIAPAN AWAL SEBELUM EKSPIDISI








JAM 8.30 PAGI - BERGAMBAR UNTUK KENANG-KENANGAN




JAM 8.45 PAGI - TAKLIMAT DARI KETUA MARSHAL




JAM 9.00 PAGI PESERTA XPDC BERLEPAS.

Ahad, 9 November 2008

Karnival Belia Sg.Dusun 2008

Satu Karnival akan diadakan di Sg.Dusun pada 23 November 2008 hari ahad. Karnival Belia adalah satu program dari Gerakan Belia Sg.Dusun.
Antara objektif yang hendak dicapai ialah pertama memberi penghargaan kepada ahli jawatankuasa bagi sesi yang lalu. Kedua memberi peluang kepada para belia dan masyarakat setempat untuk bersama dalam satu program santai sambil memberi aktiviti yang bermanafaat.
Pertandingan wau dan layang-layang tercantik, memasak, menjahit manik, sepak takraw, mewarna, pameran motorsikal klasik, pameran kesihatan dan karaoke adalah antara aktiviti yang dirancang semasa karnival tersebut.

Karnival akan bermula pada sebelah pagi dan dijangka berakhir pada sebelah malam dengan acara kemuncaknya ialah pertandingan akhir karaoke dan penyampaian hadiah bagi semua acara yang dipertandingkan.

Semua dijemput hadir.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Program Anak Angkat Unisel

Seindah Memory...


Gambar semasa mesyuarat terakhir...





17 hingga 19 Oktober 2008- Seramai 44 pelajar UNISEL terdiri dari pelbagai kos dan semester telah sampai di Kg.Soeharto pada jam 4.30 petang hari jumaat 17 okt 2008.




























Menurut Pegawai Penyelaras Program Cik Ilani bt Abd Rahim, peserta terdiri dari ahli kelab Hairakan dan Fasilitator. Manakala menurut Pengarah Program, En Mohd Azreen b Ariffin, para peserta begitu teruja untuk menyertai program ini yang diikuti bersama 5 orang pelajar luar negara.





Peserta disambut oleh jawatankuasa JKKKP Kg.Soeharto dan jawatankuasa Persatuan Belia 4B (M) Sg.Dusun.


Antara khidmat bakti yang akan dijalankan ialah motivasi kepada pelajar SMK Kg.Soeharto dan gotong royong di masjid Al Taufiqiah Kg.Soeharto.















Khamis, 18 September 2008

Majlis Pelancaran Tadarus Quran dan Majlis Berbuka Puasa




16 September 2008 - Yang Berbahagia Tan Sri Dr.Mohd Yusof Noor telah sudi hadir ke Masjid Al Makmuriah Felda Gedangsa dan bersama peneroka Gugusan Sg.Dusun untuk bersama-sama memeriahkan majlis Tadarus Quran dan Majlis Berbuka Puasa.

Pada jam 2.00 petang program tadarrus quran dimulakan. Peserta di bahagiakan kepada beberapa kumpulan , satu kumpulan 3 orang. Jumlah perserta menjangkau 100 orang terdiri dari belia/beliawanis seluruh Wilayah Trolak dan pelajar sekolah SAM Sg.Selisek.

Majlis tadarrus quran diakhiri dengan bacaan doa oleh tuan imam Masjid Al Makmuriah Felda Gedangsa. Kemudia semua peserta mendirikan solat Asar berjemaah.

Tepat jam 5.00 petang tetamu khas iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor , Pengerusi Felda datang bersama Pengerusi MBFM iaitu Dato' Ramli.

Dalam ucapan Tan Sri mengatakan dah lama tidak berjalan ke Gugusan Sg.Dusun. Oleh itu majlis ini dilaksanakan di sini.


Khamis, 11 September 2008

Bersyukur kepada Allah swt





Marilah kita bersama-sama sentiasa bersyukur kepada Allah swt dengan nikmatNya dan rahmatNya yang amat luas. Sentiasalah kita muhasabah diri kita yang amat kerdil ini. Kenanglah jasa dan pengorbanan Ayah dan Bonda kita yang telah mendidik dan memberi segalanya sehingga kita menjadi insan yang berguna sekarang ini.

Marilah kita pulang ke kampung pada Hari Raya nanti untuk menziarahi Ayah dan Bonda kita , samada yang masih hidup ataupun yang telah pergi dahulu menemui Allah Maha Pencipta.


Selamat Menyambut Aidil Fitri 1429......Maaf Zahir & Batin.

Berita Bergambar Program Bersama Rakyat MKNNS




Antara aksi peserta pada 17 Ogos 2008 di tapak litar motocross Sg.Dusun.

Selasa, 2 September 2008

Ramadhan Al Mubarak

Selamat Datang Ya Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua .

Selasa, 19 Ogos 2008

Program Bersama Rakyat

Felda Gugusan Sg.Dusun 2008

16 - 17 Ogos 2008

Program Bersama Rakyat ini bertujuan menjalin hubungan bersama agensi-agensi kerajaan dalam daerah. Ia juga memberi peluang dan ruang kepada para belia dan masyarakat melihat dengan lebih dekat pameran keselamatan dan perlumbaan . Seterusnya mengcungkil bakat baru dalam sukan bermotor di kalangan anak Felda.
Pengisian program pada hari pertama ialah ceramah motivasi, ceramah keselamatan, sukaneka dan pameran antidadah di samping gerai jualan makanan dan minuman membabitkan warga Felda.
Sasaran program untuk hari pertama ialah pelajar sekolah dan para belia dari Kawasan Felda Wilayah Trolak.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Junior, Cup Cross, Classic, Open Endurance, Veteran Endurance dan Open Motocross.

Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah Majlis Daerah, Pejabat Daerah, Polis, AADK, RELA, Polis, JKR, Penerangan, Kesihatan, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan IKBN.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Mesra Rakyat

Program Bersama Majlis Keselamatan Negeri Selangor
Berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Guru Kg.Soeharto






Antara aktiviti yang dirancang ialah pameran agensi kerajaan seperti AADK, POLIS, Hospital, IKBN, Jabatan Belia dan Sukan dan acara kemuncak ialah Pertandingan Motocross.